Lapangkan Masa Anda Untuk Sertai Peraduan Ini

Tuesday, December 29, 2009

Teknik Menarik Trafik Menggunakan Yahoo Answer

Artikel ini adalah dari blog informasi kampungboys untuk tatapan umum...

Yahoo Answer adalah tempat komuniti yang mana sesiapa boleh mengajukan soalan dan juga boleh dijawab oleh sesiapa sahaja di dalam komuniti itu sendiri. Jadi kelebihan dan faedah yang ada inilah sepatut direbut unutk digunakan oleh kita sendiri untuk menarik trafik menggunakan Yahoo Answer seberapa banyak ke laman blog/website anda. Kalau kena caranya masyuk wooo…Hoho…

Ada sebabnya bukan saja-saja saya katakan begitu. Yahoo Answer mempunyai lebih 90 juta pengguna di seluruh dunia. Tak payahla…kira dengan jari. Memang dah ramai dah tu. Hoho….dan juga, laman Q & A seperti inilah yang mendapat sambutan melebihi 96% di pasaran. Dah nampak potensi yang ada di laman yahoo Answer ini? Yaya…memang menarik….Anda boleh menggunakan potensi yang ada di laman Yahoo Answer untuk menarik trafik trafik yang sedia ada di Yahoo Answer ke laman blog/website anda dengan cara membantu mereka menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh trafik di sana. Ala…berlagakla macam sifu sikit. Buat research sikit.

YA(2) Teknik Menarik Trafik Menggunakan Yahoo AnswerSudah lumrah setiap manusia pastinya akan teruja dan terharu apabila setiap masalah yang mereka hadapi dan dikemukan di Yahoo Answer, mendapat respon yang baik. Pastinya mereka ini akan tertanya-tanya gerangan manakah yang telah membantu meraka seterusnya mereka kan klik link blog yang anda letakkan bersama-sama jawapan yang anda berikan. Okey…dah tau gambaran awal berkenaan potensi Yahoo Answer. Menarik bukan??? Ada dua teknik sebenarnya yang boleh anda lakukan untuk menarik trafik menggunakan Yahoo Answer.

1) Menjawab soalan Yahoo Answer Berkenaan Niche dan keyword yang anda gunakan sekarang ini.

>> Cari soalan yang masih open dengan Niche Market anda dan bantu mereka yang mengajukan soalan tersebut. Hendak mencarinya tidak menjadi masalah, boleh gunakan kemudahan button advance search untuk mandapat hasil yang lebih tepat. Jangan lupa menggunakan keyword yang anda sasarkan dan juga sertakan juga link blog anda. Kalau macam saya, saya bubuhla…Blog Informasi KampungBoy. Kalau anda nak letakkan link seperti ini di dalam jawapan anda pun tiada masalah. Amat dialu-alukan. Hoho..
>> Jadikan bentuk dan susunan jawapan yang anda berikan kelihatan benar-benar ingin membantu dengan harapan link blog yang anda sertakan seolah-olah bukan anda yang punya.

Dilarang sama sekali melakukan spamming di Yahoo Answer kerana akaun anda bakal dipadamkan oleh Yahoo.

2) Membuat soalan dan menjawab soalan anda sendiri di Yahoo Answer

>> Daftar 2 akaun Yahoo Answer yang berbeza dengan menggunakan nama email yang berlainan. Gunakan akaun pertama unutuk mengajukan soalan manakala akaun kedua digunakan untuk menjawab sendiri soalan anda di laman Yahoo Answer. Pastinya akan ada yang akan menjawab soalan anda , dan akhirnya anda pilihlah jawapan anda sendiri sebagai “the best answer”. Elakkan melakukan spamming atau membuat keyword stuffing, di mana jawapan anda penuh dengan keyword semata-mata.

Mengunakan teknik menarik trafik menggunakan Yahoo Answer ini mampu menarik trafik yang ramai tidak kira samada di laman Yahoo Answer sendiri mahupun di enjin carian. Ini kerana yang bagusnya di Yahoo Answer, jawapan anda amat-amat berpotensi unutuk muncul di enjin carian, jadi pastikan setiap jawapan anda sertakan sekali keyword utama yang anda sasarkan.

0 comments:

Post a Comment

MyBlog Resources of Money © 2008 Template by:
SkinCorner