Lapangkan Masa Anda Untuk Sertai Peraduan Ini

Tuesday, December 29, 2009

Cara & Panduan Meningkatkan Ranking Alexa

Artikel ini saya ambil dari blog informasi kampungboy bagi tatapan umum


Sudahkah anda mendalami ilmu berkenaan cara mahupun panduan meningkat alexa ranking di blog dan website anda??? Penting sangat ker??? Kalau tanya saya, saya akan jawab dengan rasa yakin dan konfidennya memang penting sangat-sangat. Meningkatkan ranking Alexa untuk blog mahupun website memang merupakan suatu kemestian jika mahu site anda mendapat perhatian dan tumpuan dikalangan trafik dan juga pengunjung ke blog atau laman web anda. Yang lebih menarik, jika ranking alexa anda mencapai tahap yang tinggi, kemampuan anda untuk mendapat earning juga akan meledak dengan sendirinya. Menarik bukan??? . Manakah satukah penting, antara “Alexa Ranking” dengan “PageRank” ?

Kalau ditanya soalan seperti itu, saya akan menjawab kedua-duanya sama-sama penting, baik Alexa Ranking mahupun PageRank. Tetapi jika diminta pilih salah satu daripadanya, saya akan memilih Alexa Ranking berbanding Pagerank. Kenapa pulak ??? Ini kerana jika melihat kembali peranan Alexa Ranking adalah menilai dan menyusun kedudukan dan ranking sesuatu blog berdasarkan bilangan trafik blog tersebut sedangkan PageRank pula hanya menilai blog lebih kepada bilangan backlink-backlink daripada blog-blog yang mempunyai niche yang sama dengan blog anda mahupun tidak sejenis.

Tetapi jika anda dapat menggabungkan peranan yang dimainkan oleh Alexa Ranking dan juga PageRank terhadap blog anda, maka hasilnya sangat dahsyat. Hoho…..teruja??? Saya yang menulis artikel ini pun dah terasa bahangnya. Tidak mengapa. Selepas ini kita melakukan bersama-sama. Okey, saya nak mengajak anda berangan ala-laa Mat Jenin gitu. Tapi kali ini kita amik Mat Jenin alaf baru, penuh dengan pengisian. Bukan cakap kosong sahaja. Erm…KampungBoy pasti ker, kalau pagerank dan Alexa Ranking blog saya bagus, boleh mendapat pendapatan yang lumayan. Semestinya. Ya…bayangkan anda mempunyai blog dengan PageRank 8 dan Alexa Ranking 100 di dunia. Dijamin blog atau website anda akan membantu anda untuk kaya raya melalui lambakan para pengiklan yang datang untuk mendapat hak pengiklanan di blog anda contohnya. Tapi apakah “tips dan panduan untuk meningkatkan Alexa Rank? Yang jelas saya menggunapakai cara saya sendiri untuk meningkatkan alexa blog saya iaitu Blog Informasi KampungBoy. Hoho….

Tapi stoppp….jangan berkhayal saja kawan. Hoho…mari kita wujudkan impian kita untuk meningkatkan Alexa Ranking paling tidak dibawah 100,000. Susah atau sukar??? Rilek kawan, saya mempunyai impian ke arah itu. Ini kerana saya amat yakin yang prosesnya tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Bagi tempoh jangka masa panjang pelaburan ini amat berbaloi apabila kena cara dan teknik yang digunapakai, Isyaallah akan ada ruang untuk kita semua berjaya. Blog atau website yag mempunyai nilai angka PageRank yang lebih tinggi adalah lebih bagus. Contohnya, di antara Pagerank 1 dengan Pagerank 4, blog yang mempunyai Alexa Rank 4 adalah lebih bagus daripada segi kredibilitinya. Jikalau Alexa Rank semakin kecil angkanya, bererti Blog atau Website itu pengunjung dan trafiknya semakin ramai. Contoh di antara Alexa Ranking 150,000 dengan 125,000. Alexa Ranking yang mempunyai nilai 125,000 adalah lebih baik. Jelas bukan??

0 comments:

Post a Comment

MyBlog Resources of Money © 2008 Template by:
SkinCorner