Lapangkan Masa Anda Untuk Sertai Peraduan Ini

Wednesday, December 30, 2009

Tips dan Teknik Meningkatkan Ranking Alexa

Untuk artikel kali ini saya nak menyambung sedikit lagi daripada artikel saya yang sebelum ini, berkenaan dengan Alexa. Ingat lagi tak artikel mana satu yang saya maksudkan itu??? Perasan ?? Kalau belum membacanya lagi ada baiknya korang rujuk dulu artkel ini, Cara & Panduan Meningkatkan Ranking Alexa. Ini kerana, saya ingin berkongsi dengan anda pula kesinambungan artikel berkenaan Alexa iaitu tips dan teknik meningkatkan ranking Alexa. Tips Menaikkan Alexa Ranking, antaranya ialah :

1. Tembak sebanyak mungkin keyword yang mempunyai komersial atau lebih jelasnya di sini mempunyai permintaan dikalangan bakal pengunjung terutanya di search angine(enjin carian) kemudian rasailah ‘gegarannya’ apabila blog anda bakal dibanjiri pengunjung dan trafik. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah, pada ketika itu bandwith hosting anda mungkin akan mula mencungap-mencungap menghadapi serangan daripada bakal pengunjung setia ke blog anda.
2. Pasang Iklan atau buatkan seberapa banyak link blog yang mempunyai Alexa Ranking lebih tinggi daripada anda. (Outbound Link)
Pelbagaikan lagi IP pengunjung dan trafik ke blog anda yang mana harus dari pelbagai warna kulit, bahasa, budaya negara, dijamin cepat naiknya ranking Alexa anda itu.
3. Menulis beberapa artikel berkenaan dengan Alexa seperti yang saya tuliskan inilah tetapi saya ingin ingatkan di sini bukan artikel yang anda buat berkenaan dengan Alexa itu boleh mempengaruhi Alexa ranking anda semata, melainkan artikel tersebut berjaya menarik perhatian bakal trafik untuk mengunjungi blog anda seterusnya bakal meningkatkan trafik ke blog anda.
4. Seperti yang diketahui, ranking Alexa anda dikira hasil daripada jumlah pengunjung, maka cara ini adalah paling mudah dan meriah dengan melakukan BlogWalking ke jiran-jiran sekitar kita terutamanya di blog-blog yang mempunyai alexa ranking lebih tinggi daripada blog anda.
5. Install Alexa Widget. Teknik dan cara ini cukup bagus kerana dengan memasang Alexa Button Widget segala perkembangan blog anda akan cepat dibaca oleh database Alexa itu sendiri.
6. Daftarkan blog anda diseberapa banyak halaman search engine(enjin carian). Harap artikel ini yang ini membantu anda, Cara Mudah Daftar Blog Ke 40 Search Engine

Tuesday, December 29, 2009

Teknik Menarik Trafik Menggunakan Yahoo Answer

Artikel ini adalah dari blog informasi kampungboys untuk tatapan umum...

Yahoo Answer adalah tempat komuniti yang mana sesiapa boleh mengajukan soalan dan juga boleh dijawab oleh sesiapa sahaja di dalam komuniti itu sendiri. Jadi kelebihan dan faedah yang ada inilah sepatut direbut unutk digunakan oleh kita sendiri untuk menarik trafik menggunakan Yahoo Answer seberapa banyak ke laman blog/website anda. Kalau kena caranya masyuk wooo…Hoho…

Ada sebabnya bukan saja-saja saya katakan begitu. Yahoo Answer mempunyai lebih 90 juta pengguna di seluruh dunia. Tak payahla…kira dengan jari. Memang dah ramai dah tu. Hoho….dan juga, laman Q & A seperti inilah yang mendapat sambutan melebihi 96% di pasaran. Dah nampak potensi yang ada di laman yahoo Answer ini? Yaya…memang menarik….Anda boleh menggunakan potensi yang ada di laman Yahoo Answer untuk menarik trafik trafik yang sedia ada di Yahoo Answer ke laman blog/website anda dengan cara membantu mereka menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh trafik di sana. Ala…berlagakla macam sifu sikit. Buat research sikit.

YA(2) Teknik Menarik Trafik Menggunakan Yahoo AnswerSudah lumrah setiap manusia pastinya akan teruja dan terharu apabila setiap masalah yang mereka hadapi dan dikemukan di Yahoo Answer, mendapat respon yang baik. Pastinya mereka ini akan tertanya-tanya gerangan manakah yang telah membantu meraka seterusnya mereka kan klik link blog yang anda letakkan bersama-sama jawapan yang anda berikan. Okey…dah tau gambaran awal berkenaan potensi Yahoo Answer. Menarik bukan??? Ada dua teknik sebenarnya yang boleh anda lakukan untuk menarik trafik menggunakan Yahoo Answer.

1) Menjawab soalan Yahoo Answer Berkenaan Niche dan keyword yang anda gunakan sekarang ini.

>> Cari soalan yang masih open dengan Niche Market anda dan bantu mereka yang mengajukan soalan tersebut. Hendak mencarinya tidak menjadi masalah, boleh gunakan kemudahan button advance search untuk mandapat hasil yang lebih tepat. Jangan lupa menggunakan keyword yang anda sasarkan dan juga sertakan juga link blog anda. Kalau macam saya, saya bubuhla…Blog Informasi KampungBoy. Kalau anda nak letakkan link seperti ini di dalam jawapan anda pun tiada masalah. Amat dialu-alukan. Hoho..
>> Jadikan bentuk dan susunan jawapan yang anda berikan kelihatan benar-benar ingin membantu dengan harapan link blog yang anda sertakan seolah-olah bukan anda yang punya.

Dilarang sama sekali melakukan spamming di Yahoo Answer kerana akaun anda bakal dipadamkan oleh Yahoo.

2) Membuat soalan dan menjawab soalan anda sendiri di Yahoo Answer

>> Daftar 2 akaun Yahoo Answer yang berbeza dengan menggunakan nama email yang berlainan. Gunakan akaun pertama unutuk mengajukan soalan manakala akaun kedua digunakan untuk menjawab sendiri soalan anda di laman Yahoo Answer. Pastinya akan ada yang akan menjawab soalan anda , dan akhirnya anda pilihlah jawapan anda sendiri sebagai “the best answer”. Elakkan melakukan spamming atau membuat keyword stuffing, di mana jawapan anda penuh dengan keyword semata-mata.

Mengunakan teknik menarik trafik menggunakan Yahoo Answer ini mampu menarik trafik yang ramai tidak kira samada di laman Yahoo Answer sendiri mahupun di enjin carian. Ini kerana yang bagusnya di Yahoo Answer, jawapan anda amat-amat berpotensi unutuk muncul di enjin carian, jadi pastikan setiap jawapan anda sertakan sekali keyword utama yang anda sasarkan.

Cara & Panduan Meningkatkan Ranking Alexa

Artikel ini saya ambil dari blog informasi kampungboy bagi tatapan umum


Sudahkah anda mendalami ilmu berkenaan cara mahupun panduan meningkat alexa ranking di blog dan website anda??? Penting sangat ker??? Kalau tanya saya, saya akan jawab dengan rasa yakin dan konfidennya memang penting sangat-sangat. Meningkatkan ranking Alexa untuk blog mahupun website memang merupakan suatu kemestian jika mahu site anda mendapat perhatian dan tumpuan dikalangan trafik dan juga pengunjung ke blog atau laman web anda. Yang lebih menarik, jika ranking alexa anda mencapai tahap yang tinggi, kemampuan anda untuk mendapat earning juga akan meledak dengan sendirinya. Menarik bukan??? . Manakah satukah penting, antara “Alexa Ranking” dengan “PageRank” ?

Kalau ditanya soalan seperti itu, saya akan menjawab kedua-duanya sama-sama penting, baik Alexa Ranking mahupun PageRank. Tetapi jika diminta pilih salah satu daripadanya, saya akan memilih Alexa Ranking berbanding Pagerank. Kenapa pulak ??? Ini kerana jika melihat kembali peranan Alexa Ranking adalah menilai dan menyusun kedudukan dan ranking sesuatu blog berdasarkan bilangan trafik blog tersebut sedangkan PageRank pula hanya menilai blog lebih kepada bilangan backlink-backlink daripada blog-blog yang mempunyai niche yang sama dengan blog anda mahupun tidak sejenis.

Tetapi jika anda dapat menggabungkan peranan yang dimainkan oleh Alexa Ranking dan juga PageRank terhadap blog anda, maka hasilnya sangat dahsyat. Hoho…..teruja??? Saya yang menulis artikel ini pun dah terasa bahangnya. Tidak mengapa. Selepas ini kita melakukan bersama-sama. Okey, saya nak mengajak anda berangan ala-laa Mat Jenin gitu. Tapi kali ini kita amik Mat Jenin alaf baru, penuh dengan pengisian. Bukan cakap kosong sahaja. Erm…KampungBoy pasti ker, kalau pagerank dan Alexa Ranking blog saya bagus, boleh mendapat pendapatan yang lumayan. Semestinya. Ya…bayangkan anda mempunyai blog dengan PageRank 8 dan Alexa Ranking 100 di dunia. Dijamin blog atau website anda akan membantu anda untuk kaya raya melalui lambakan para pengiklan yang datang untuk mendapat hak pengiklanan di blog anda contohnya. Tapi apakah “tips dan panduan untuk meningkatkan Alexa Rank? Yang jelas saya menggunapakai cara saya sendiri untuk meningkatkan alexa blog saya iaitu Blog Informasi KampungBoy. Hoho….

Tapi stoppp….jangan berkhayal saja kawan. Hoho…mari kita wujudkan impian kita untuk meningkatkan Alexa Ranking paling tidak dibawah 100,000. Susah atau sukar??? Rilek kawan, saya mempunyai impian ke arah itu. Ini kerana saya amat yakin yang prosesnya tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Bagi tempoh jangka masa panjang pelaburan ini amat berbaloi apabila kena cara dan teknik yang digunapakai, Isyaallah akan ada ruang untuk kita semua berjaya. Blog atau website yag mempunyai nilai angka PageRank yang lebih tinggi adalah lebih bagus. Contohnya, di antara Pagerank 1 dengan Pagerank 4, blog yang mempunyai Alexa Rank 4 adalah lebih bagus daripada segi kredibilitinya. Jikalau Alexa Rank semakin kecil angkanya, bererti Blog atau Website itu pengunjung dan trafiknya semakin ramai. Contoh di antara Alexa Ranking 150,000 dengan 125,000. Alexa Ranking yang mempunyai nilai 125,000 adalah lebih baik. Jelas bukan??

Monday, December 28, 2009

Check Kelima dari Nuffnang





Bulan ini bulan kelima saya dapat cek dari nuffnang.....................
syukur alhamdulilah............

Bulan Lepas tak banyak hanya RM 57.25

Bulan Sebelumnya hanya RM 351

dan awal-awal sekali aku dapat hanya RM 52.50 aje..tu pun aku dah bersyukur...
walaupun sikit nuffnang tetap membayar.................

Lagi Tips Tingkat Traffik Dinuffnang

1) Hantarkan artikel-artikel terbaru laman blog anda ke Nuffnang
Ini adalah sumber paling asas dan wajib apabila ingin mendapat mendapat tempias trafik daripada Nuffnang dengan menghantar artikel-artikel laman blog anda melalui INNIT. Yela…manakan dapat dapat pokok bergoyang kalau takde angin yang datang. Chewah…berperibahasa pulak KampungBoy. Okey…next.

2) Dapatkan NANG melalui artikel yang dihantar ke Nuffnang
Semakin tinggi status NANG yang anda perolehi, semakin tinggi peluang untuk artikel anda dilihat oleh Nuffnangers. Cara paling mudah untuk mendapat pertambahan NANG adalah dengan cara memberi komen kat ruangan Chatbox Nuffnang. “You NANG me , I NANG you”. :) ataupun boleh gunakan capaian Twitter. Selain, rajin-rajinkanlah join gathering dengan Nuffnangers adalah cara paling mudah mendapat NANG. Bubuhla apa-apa artikel laman blog anda seklipun, Nuffnangers yang lain mesti NANG anda punya. Sebab apa? Anda sudah dikenali.


3) Letakkan Nuffnang XChange widget
Saya tahu akan ada trafik yang datang melalui pemasagan widget Nuffnang ini. Tapi bagi saya sendii pun, tak hingin nak pasang widget Nuffnang ini. Bikin semak aja blog ambo :D . Tapi kalau korang nak pasang jugak, takde masalah. Dipersilakan….optional

4) Chat on Nuffnang ChatBox
Aktif dan berkomunikasi dengan Nuffnangers yang lain di ruangan chat box yang disediakan oleh Nuffnang, sambil menyelitikan link artikel Nuffnang anda.

7) Participate in Nuffnang events, blog it and submit to INNIT
Boleh juga menghadiari apa -apa gathering atau event yang dianjurkan oleh Nuffnnag sendiri ataupun berjumpa dengan Nuffnangers.yang lain dalam majlis tak rasmi. AAla…saje-saje jumpa santai ghitu. Dengan cara ini Nuffnangers. yang lain akan lebih mengenali anda dengan lebih dekat. Kemudian anda cubalah hantar mana-mana artikel terbaru laman blog anda ke Nuffnang, pasti anda akan mendapat lambakan klik NANG.

8) Komen di di laman blog Nuffnang yang lain
Sama juga kalau anda mempunyai laman blog. Seperti cara ini, rajin-rajinlah diri untuk memberikan sepatah dua kata dan komen pada laman blog Nuffnang yang lain, dengan harapan artikel Nuffnang anda akan disedari oleh Nuffnangers.

9) Terpilih sebagai blogger terbaik bulanan.
Kelebihan untuk anugerrah ini boleh disamakan juga apabila artikel boleh anda mendapat NANG terbanyak. Tapi anugerah seperti ini boleh membuatkan populariti anda sebagai blogger dan Nuffnangers meningkat naik dan semestinya laman blog anda akan menerima ledakan trafik ibarat ledakan bom C4. Ooops!!!

10) Jadi Nuffnangers yang teruk
Ini cara kotor, tapi sememangnya berkesan. Anda boleh DANG INNit artikel orang lain tanpa sebarang sebab yang munasabah. Jadilah blogger yang kontroversi. Buat komen yang teruk-teruk kepada Nuffnangers yang lain. Selepas itu, korang boleh tunggu dan siap sedia dengan serangan trafik dan komen spam yang bertalu-talu ke laman blog anda. Samada anda hendak cuba atau tidak, terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya selera. Haha….

Sunday, December 27, 2009

Apa itu Alexa dan Kegunaannya?

Apa itu Alexa? Alexa merupakan sebuah web informasi yang memberikan ranking bagi sebuah web, tampaknya Alexa bukan karena itu saja sangat dikenal dan diperhitungkan para web surfer tidak hanya diluar seperti di Amerika namun disini juga menjadi semacam tolak ukur untuk menentukan traffic dari sebuah website. Lalu apakah yang dimaksud dengan Alexa Ranks? Alexa Ranks adalah ranking yang diberikan oleh Alexa web dimana ranking tersebut berasal dari total jumlah pengunjung Unique Alexa Toolbar. Hmmm..jadi Alexa itu semacam toolbar ya? Kalau boleh saya bilang sih bisa jadi semacam itu, karena kalau mau ngecek popularitas sebuah web ke webnya langsung kan agak ribet jadi Alexa membuat semacam toolbar yang memudahkan untuk pengecekan sehingga kita bisa mengetahuinya secara langsung. Selain itu banyak faktor yang mempengaruhi Alexa dalam memberikan ranking. Jika anda menggunakan Alexa Toolbar dan terinstall pada komputer anda, toolbar tersebut akan menunjukkan ranking dari web kita maupun web lain pada waktu kita browsing maupun surfing di internet. Toolbar tersebut menunjukkan popularitas dari website yang bersangkutan. Untuk saat ini tampaknya Yahoo! masih menjadi website dengan maximum traffic berdasarkan data dari Alexa, setelah itu baru diikuti oleh Google.

Banyak orang mengatakan jika popularitas Alexa atau istilahnya Alexa trends sudah menurun dan kita tidak usah terlalu memikirkan ranking dari Alexa! Menurut saya keberadaan Alexa masih sangat penting dalam pencapaian sebuah Page Rank (PR) yang tinggi karena menunjukkan kualitas dan popularitas dari website yang kita miliki. Selain itu Google tampaknya masih berpatokan juga pada Alexa dalam memberikan ranking bagi website kita. Kalau memang begitu pentingnya Alexa Toolbar ini, apa saja kegunaannya?

alexa toolbar installation

1. Alexa ini membantu dengan memberikan informasi tentang kualitas dan popularitas dari sebuah website.

2. Berguna bagi website yang anda memiliki untuk diterima dalam program make money online.

3. Membantu anda dalam mengetahui posisi jika terdapat kompetisi dan anda bisa mengetahui volume traffic dari website yang anda miliki.

Untuk saat ini tampaknya hanya 5-10 % saja pengguna internet yang menggunakan Alexa Toolbar, mungkin karena orang - orang tersebut adalah para webmaster dan sudah mengetahui ataupun menyadari dampak dari penggunaan Alexa Toolbar ini. Namun menurut perhitungan algoritma Alexa yang baru dan pastinya ribet, sistem ranking yang diberikan oleh Alexa semakin akurat karena Alexa juga memberikan ranking berdasarkan sumber lain juga, mungkin saling cross check dengan Google, Yahoo!, MSN dan website berpengaruh lainnya. Dan sudah banyak penurunan ranking yang dialami oleh para webmaster (terutama pemilik blog).

Kalau anda menginginkan PR yang tinggi bagi website anda, saya kira anda harus memperhatikan juga ranking Alexa anda. Jika perlu install toolbar dari Alexa ini karena bisa didapatkan secara gratis dan sudah compatible dengan IE maupun Mozilla Firefox. Setelah itu set pada browser homepage anda untuk website yang anda miliki sehingga Alexa Ranks anda bisa lebih baik. Bisa juga dicantumkan Alexa widget yang berisi data traffic maupun ranking pada Alexa sehingga bot Alexa lebih sering berkunjung untuk men-crawl website yang anda miliki. Widget Alexanya bisa didapatkan disini Alexa Widget dan anda tinggal ketik URL dari website yang anda miliki setelah itu bisa dipasang kode yang diberikan pada website anda. Semoga informasi yang saya berikan bisa bermanfaat dan terima kasih sudah menyimak. Keep Blogging!!

Petikan Dari
http://bloggeraddicter.blogspot.com

Thursday, September 17, 2009

Soal Jawab Nuffnang

Soal Jawab Nuffnang

Apa kelebihan yang diberi kepada saya sebagai blogger?

* Pertama sekali, anda boleh membuat keuntungan wang! Kami akan membuat segala tugas untuk mendapatkan pengiklan dan menghubungkan anda dengan mereka. Anda akan mula membuat pendapatan setelah iklan mereka mula dipapar dalam blog anda!
* Kami percaya yang blog-blog adalah kaya dengan sumber maklumat dan boleh dipercayai. Dengan itu, kami akan mencuba yang terbaik untuk memastikan iklan yang dipapar dalam blog anda adalah sesuai dengan kandungan dan minat pembaca blog anda dengan sebaik mungkin. Ini bermaksud pembaca anda juga akan mendapat maklumat yang terkini mengenai mana-mana tawaran jualan yang terhebat dalam pasaran!
* Kami juga berusaha untuk bekerjasama dengan rakan strategik seperti syarikat pembekal web untuk memberikan anda ganjaran tambahan. Sila tunggu perkembangan
* Nuffnang.com.my mempunyai kolum “Blogger Pilihan” yang tersendiri, di mana seorang blogger akan diperkenalkan pada setiap bulan. Ada anda akan menjadi pilihan seterusnya?
* Nuffnang sebagai komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik sentiasa menganjurkan aktiviti yang menyeronokkan untuk ahli blogger menghadirkan diri, dan kebiasaannya ia tidak dikenakan bayaran!

Berapa banyak dapat saya perolehi?
Bagi kempen CPM

* Pendapatan yang anda perolehi bergantung kepada jumlah purata pengunjung unik yang anda terima dalam minggu suatu kempen itu dibina.
* Anda kemudian akan diatur ke “Tahap Kategori Blogger“ berdasarkan jumlah purata pengunjung unik anda.
* Bagi setiap kempen, anda akan dibayar kadar yang tetap untuk setiap unit iklan. Jumlahnya bergantung kepada Tahap Kategori Blogger anda. Lebih tinggi tahap anda (atau lebih banyak bilangan pengunjung unik) maka lebih tinggi jumlah pendapatan yang anda dapat.
* Segala maklumat mengenai Tahap Kategori Blogger dan jumlah pendapatan anda dapat dilihat melalui halaman Pendapatan CMS anda. Maklumat ini akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja setelah suatu kempen iklan itu tamat.

Bagi kempen CPC

* Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.
* Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
* Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

Bagi kempen MCPM (Metered CPM)

* Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
* Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.

Bilakah suatu iklan itu mula dilancar?

* Ahli-ahli pemasaran kami sentiasa keluar mencari pengiklan yang sesuai. Kami bukan sahaja berminat untuk membantu anda mambuat pendapatan tetapi juga untuk memberikan anda iklan yang paling sesuai!
* Sebelum blog anda diberikan iklan CPM oleh pengiklan, unit iklan anda mungkin memaparkan iklan tak berbayar atau dikecilkan, bergantung kepada opsyen Pilihan Iklan yang anda pilih di dalam halaman Pengurus Blog. Bagi opsyen "Papar iklan Globl CPC" pula, anda akan dibayar mengikut bilangan klik yang diperoleh daripada pengunjung blog anda.

Apakah perbezaan antara jenis Opsyen Pilihan Iklan dan fungsi setiap satunya?

* Opsyen Pilihan Iklan Ads merujuk kepada bagaimana anda mahu unit iklan Nuffnang anda berfungsi sebelum anda diberikan kempen iklan berbayar oleh pengiklan. Terdapat beberapa pilihan opsyen seperti "Kecilkan Unit Iklan","Papar Iklan Tak Berbayar/Bantuan", "Papar Iklan Default" dan "Papar Iklan Global CPC".
* Opsyen "Kecilkan Unit Iklan" akan meminimakan saiz unit iklan anda supaya hanya memaparkan logo Nuffnang atau teks untuk memendekkan masa blog anda dan pelayan kami sementara menunggu kempen berbayar.
* Opsyen "Papar Iklan Tak Berbayar/Bantuan" akan memaparkan iklan tak berbayar di dalam unit iklan anda yang bertujuan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti bantuan kemanusiaan seperti membela haiwan terbiar, menderma darah atau projek komuniti lain yang Nuffnang usahakan dalam tempoh masa tertentu.
* Opsyen "Papar Iklan Default" akan memaparkan iklan tak berbayar di dalam unit iklan anda yang bertujuan untuk mempromosikan Nuffnang sebagai komuniti pengiklanan blog pertama di Asia Pasifik.
* Opsyen "Papar Iklan Global CPC" akan memaparkan kempen iklan CPC yang diluluskan oleh pengiklan kami. Ini akan membenarkan anda untuk memperoleh pendapatan sementara menunggu kempen CPM daripada mereka. Jika tiada kempen CPC yang aktif bagi unit iklan tertentu, ia akan dikecilkan bagi memendekkan masa blog anda dan pelayan kami.

Bagaimana saya dapat mengeluarkan pendapatan saya ke dalam akaun bank saya?

* Sebaik sahaja pendapatan anda mencapai RM 50, anda akan diberi pilihan untuk mengeluarkan pendapatan di dalam halaman Pendapatan anda.
* Nuffnang akan membayar ahli blogger Glitterati dalam tempoh 30 hari selepas akhir bulan tarikh permohonan (60 hari bari ahli biasa). Dalam masa itu, cek bayarn anda akan dihantar ke bank kami untuk diproses dan seterusnya dihantar ke alamat berdaftar anda. Tempoh masa pemprosesan dan penghantaran cek tidak akan melebihi 3 minggu.
* Bagi memendekkan masa menunggu, anda digalakkan untuk membuat permohonan pengeluaran pendapatan pada akhir bulan.
* Nota: Sila pastikan alamat dan nama pembayar yang dinyatakan dalam borang pendaftaran adalah tepat.

Apakah fungsi kod yang disediakan?

* Ia membolehkan kami untuk menyiarkan iklan secara langsung ke dalam blog anda.
* Ia membenarkan kami dan anda untuk menjejak statistik penting pengunjung blog anda.
* Kami mempunyai polisi privasi yang ketat bagi memastikan privasi anda diurus dengan sebaik mungkin.

Bagaimana saya meletakkan kod unit iklan tersebut?


* Anda boleh merujuk kepada tutorial kami (boleh dijumpai di halaman “Pemasangan Iklan“ dalam CMS) bagi mendapatkan panduan untuk memasang kod kami. Jangan risau!
* Jika masih terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi kami melalui khidmat Helpdesk kami!

Statcounter saya tidak berfungsi, sila bantu!

* Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah memastikan anda telah memasang kod unit iklan kami dengan betul. Sila rujuk kepada tutorial kami di halaman “Pemasangan Iklan“ untuk panduan.
Tip berguna: Iklan Default kami sepatutnya dipaparkan dalam blog anda sekiranya kod iklan kami dipasang dengan betul.
* Jika tiada masalah mengenai lokasi unit iklan anda, sila pastikan alamat URL blog yang didaftar adalah betul. Anda boleh pergi ke halaman Pengurus Blog anda untuk melihat senarai blog yang berdaftar.
* Jika kesemuanya baik, dan Statcounter anda masih tidak berfungsi, sila hubungi kami melalui khidmat Helpdesk dan salah seorang ahli kumpulan kami akan membantu anda secepat mungkin.

Bagaimana saya dapat mengubah alamat URL blog saya?

* Log masuk ke dalam akaun anda dan sila ke halaman Pengurus Blog.
* DI bawah senarai blog yang berdaftar, klik pada pautan "Ubah" disebelahnya dan anda akan dibawa ke halaman Ubah Maklumat Blog. Masukkan alamat baru URL blog anda dan jika mahu, anda juga boleh menjelaskan sebab penukaran alamat blog anda.
* Klik pada butang "Simpan" dan segalanya selesai!

Bagaimana saya dapat membuang/memasukkan unit iklan Nuffnang ke dalam blog saya?
Membuang unit iklan:


* Anda tidak boleh membuangnya. Setelah anda menyertai kami anda akan bersama kami selama-lamanya! Ok, kami cuma bergurau.
* Anda hanya perlu membuang kod unit iklan kami daripada templat blog anda. Tetapi sebelum berbuat demikian, sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu melalui http://www.nuffnang.com.my/help kerana kami mungkin telah memilih blog anda dalam senarai kempen-kempen iklan yang bakal dilancarkan ke atas unit iklan tersebut.
* Beritahu kami unit iklan yang manakah anda ingin buang dan berikan kami tempoh 48 jam untuk membalas anda.
* Setelah semua unit iklan Nuffnang dibuang dari blog anda, sila padamkan alamat URL blog tersebut daripada senarai blog berdaftar anda dalam Pengurus Blog juga. Langkah ini penting untuk memastikan sistem kami tidak lagi menjejaki blog tersebut yang mungkin akan mengubah status Glitterati anda.

Memasukkan unit iklan Nuffnang:

* Langkah 1: Sila ke halaman “Pengurus Blog” untuk mendaftar alamat blog URL baru anda.
* Langkah 2: Sila ke halaman “Pemasangan Iklan”, pilih unit iklan yang anda ingin pasang dan tampalkan kod unit iklan tersebut ke dalam templat blog anda.

Bolehkah iklan Nuffnang dan Google Adsense disertakan bersama-sama?


* Iklan Nuffnang tidak kelihatan sama dengan iklan Google, tidak bersifat teks dan tidak direka untuk menyerupai iklan Google atau kotak carian maka anda tidak mempunyai masalah untuk meletakkan iklan Nuffnang di halaman yang sama dengan iklan Google. Sila rujuk polisi program Google Adsense untuk maklumat lanjut.

Adakah saya akan dibayar dalam matawang RM atau USD?

* Anda akan dibayar dalam matawang RM. Ini akan mengurangkan beban anda untuk memberikan cek USD anda kepada bank untuk diproses dan menunggu beberapa minggu sebelum anda boleh mendapatkan wang anda. Ini juga bermaksud pihak bank tidak perlu mengambil caj komisyen daripada jumlah pendapatan anda kerana tiada matawang asing terlibat.

Saya telah menyertai Nuffnang untuk sekian lama tetapi masih tidak mempunyai pendapatan.

* Pihak blogger akan dibayar apabila mereka menyiarkan iklan berbayar daripada pihak pengiklan kami.
* Secara umumnya terdapat 2 jenis iklan berbayar daripada pihak pengiklan, iaitu kempen CPC (kos per klik) dan kempen CPM (kos per impression). Kempen MCPM (kos per impression bermeter) berada di bawah kategori kempen CPM.
* Kempen CPC
Dilancarkan atas permintaan pengiklan. Ia akan dipaparkan ke dalam semua blog didaftar bawah rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen 'Papar Iklan Global CPC' di dalam Pilihan Iklan halaman Pengurus Blog mereka. Kempen CPC hanya akan dipapar pada blog yang tidak terlibat dengan mana-mana kempen CPM yang berjalan pada masa itu. Blogger akan dibayar berdasarkan bilangan klik unik yang dijana oleh pengunjung unik blog masing-masing. Kempen CPC akan tamat setelah ia mencapai bilangan maksimum klik dan akan mengemaskini bayaran untuk setiap blogger terlibat yang telah menjanakan klik unik ke atas kempen CPC itu di dalam blog mereka. Jika terdapat blog yang telah memaparkan iklan kempen CPC tetapi tidak menjana sebarang klik, maka tiada bayaran akan diagihkan kepada pemilik blog tersebut.
* Kempen CPM
Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.
o Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.
o Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.
o Kewujudan unit iklan memainkan peranan penting bagi pihak blogger untuk dipilih ke dalam kempen. Semua pihak pengiklan kami membahagikan bajet mereka ke dalam 3 unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle) apabila mereka berurusan dengan kami. Jumlah bajet yang diberi adalah terhad dan tidak dapat diberikan kepada jumlah blog yang banyak bagi setiap jenis unit. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih.
o Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan kami mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia kami. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.

Saya tidak dapat memasukkan kod Nuffnang ke dalam blog Wordpress/Xanga/Multiply/Livejournal saya.

* Wordpress.com tidak membenarkan penggunaan Javascript atau mengubah templat HTML mereka. Tetapi jika anda mempunyai blog Wordpress.org dalam domain peribadi, anda boleh mengubah templat blog anda dengan mengubah konfigurasi kebenaran fail (file permission) melalui aplikasi protokol penghantaran fail (FTP) anda.

* Buat masa ini, Xanga Themes tidak meyokong pengunaan Javascript kerana tag "
MyBlog Resources of Money © 2008 Template by:
SkinCorner