Lapangkan Masa Anda Untuk Sertai Peraduan Ini

Tuesday, May 5, 2009

Tingkatkan Traffik Dengan Nuffnang

1. Post Entri Yang Menarik Ke Innit

Kalian perlu menjadi seorang ahli Glitterati agar layak menggunakan kemudahan Innit. Innit berfungsi serupa dengan Digg, dimana Innit akan aggregate kan setiap entri yang dihantar oleh penulis blog. Laman Innit memang menjadi tumpuan ramai pengunjung kerana mereka dapat mengetahui apakah topik yang akan diperkatakan oleh setiap blogger. Setiap entri yang menerima banyak undian Nang It akan di paparkan di bahagian ‘Most Popular’. Maka, kalian tulis lah entri yang menarik dan cuba dapatkan perhatian pengunjung.

2. Jangan log out dari Nuffnang



Tahukah kalian, seseorang Nuffnanger boleh mengetahui kewujudan blog tanpa kalian sedari. Apabila kalian melawat blog Nuffnanger yang lain, secara automatiknya Nuffnang akan log kehadiran kalian di bahagian ‘Community’. Maka, pemilik blog itu akan mengetahui bahawa kalian sudah melawat blog mereka, secara tidak sedar mereka juga akan melawat blog kalian. Voila, tanpa kalian sedari cara ini amat mudah untuk kalian meningkatkan traffik ke blog.

3. Tinggalkan message di Nuffnang Chatbox.

Jangan hanya tahu chatting di YM, jikalau kalian memang sayangkan blog, apa kata luangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan penulis blog lain di Nuffnang Chatbox. Berdasarkan pengalaman aku, sedikit sebanyak chatting di sini dapat berkenalan antara penulis blog berlainan bangsa. Apabila kalian meninggalkan message, mereka akan berasa teruja untuk melihat profil kalian. Di dalam profil itu, terdapatnya senarai blog kepunyaan kalian. Haa, kan mudah tu untuk dapatkan traffik.

Aku berkenalan dengan alwayskenth, wetwetwater, benjicajess, agnes lee dan ramai lagi.

Banyak lagi tips yang ingin aku kongsikan bersama, namun aku hanya budak yang baru belajar. Jikalau terdapat otai-otai lain yang ingin berkongsi ilmu, apa salahnya. Cubalah praktikkan tips diatas, lebih banyak traffik yang kalian terima, lagi banyak iklan yang akan Nuffnang berikan pada kalian. More Money = More Happiness!

2 comments:

Anonymous said...

salam hisham. jumpa blog ni kt youthsays. nk tanya, kalau kita jd ahli Glitterati, otometik ke post kita akn masuk innnit?

hisham said...

Yup anda boleh login guna user id dan pwd kat innit dan baru add blog anda...barulah post anda secara automatik masuk kat innit...

Post a Comment

MyBlog Resources of Money © 2008 Template by:
SkinCorner