Tulis Blog dapat Duit
Kejayaan aku dapat 1st cek dari Nuffnang rupanya selama ini diperhatikan oleh pembaca dan pengunjung gelap blog ini, siap ada yang sms, yang mesej dan komen kat friendster pon ada, ish ish hebat kuasa cek HSBC itu ya.
Sebenarnya aku pasang iklan di blog hanya sebagai perhiasan dan side income saja, bukanlah serius sangat sampai ingin jadi kaya.Tidak sama sekali tau. Jadi nasihat aku, anggap saja pasang iklan ni sebagai main-main, saja nak cantik kan blog korang, nanti tokey-tokey iklan nih tak bayar se-sen (baca=cerett), jangan korang salah kan aku pula.
Oleh sebab ada yang tanya itu-ini pasal iklan Nuffnang ni, maka aku sediakan tutorial percuma ni untuk korang, khas untuk newbie yang baru bejinak2 bukak blog, tapi nak kaya cepat hehehe.
Daftar Akaun Nuffnang
Mula-mula daftar la akaun korang, isikan maklumat dengan tepat dan jujur, seperti nama penuh serupa dalam mykad, nombor mykad dengan tepat dan paling penting alamat surat menyurat yang betul
Aku syor korang hanya pasang iklan Nuffnang sahaja di blog, sebab Nuffnang menawarkan keahlian eksklusif Glitterati kepada yang setia beriklan dengan mereka, lupakan pengiklan tempatan yang lain jangan men-dua-kan atau bermain kayu tiga di belakang, nanti Nuffnang merajuk baru padan muka korang (tiada-iklan-buatmu).
Apa faedah join Glitterati nih sila baca disini http://www.nuffnang.com.my/exclusive-program/
Blog
Kalau korang tanya camner nak bukak blog? tu memang nak kena maki lah tu , korang boleh pergi kat Blogspot, Blogmas pon ada, jangan takutlah Nuffnang layan gak blog percuma nih, kalau nak blog macam blog aku disini silakan beli pakej kit blogger, ilmu bukan percuma beb, belajar dan praktiskan.
Pasang code iklan
Ok panduan meletak code iklan di blog sila semak dalam akaun nuffnang korang, ada jugak yang Tanya aku mana nak dapat code iklan tuh, camner nak letak, alahai malas manja sangat la korang nih.
kalau korang tak pass level nih sila hantukkan kepala di keyboard dan lupakan niat korang ingin buat duit dengan iklan blog.
Promosi dan trafik
Ok dah siap pasang iklan, blog anda kini ibarat sebuah media macam majalah ataupun website lelong, sila bayangkan anda ialah editor yakni ketua pengarang di blog anda,
bagaimana mahu menarik pembaca ke blog, kemudian membaca iklan yang korang pasang? Anda boleh cuba dengan.. contoh saja ya
Penulisan yang menarik dan kreatif, Gambar awek cun, Lawak Sarkastik, Letak file 3gp blue, Diari jiwa luka, Letak lirik-mp3, Berita panas-hangat, Gambar anak pontianak bogel, Bisnes internet, atau kutuk team rival macam Arsengal-Chelski-Liverfool.
Segalanya terserah pada kreativiti anda dan bagaimana anda mempromosikannya
Dapat trafik 50-100 pelawat sehari cukup la, Nuffnang suka Advertiser pon suka
Aku pun bukan pakar kalau ada yang tak betul sila tegur dan beri komen dibawah,
Iklan Terhebat Dipasaran ???
About Me
Blog Archive
Lapangkan Masa Anda Untuk Sertai Peraduan Ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment